fbpx

Nik Abduh ucap tahniah kepada rakyat Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Abduh

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pas Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada rakyat Johor diatas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Katanya, beliau berharap semoga sebuah pentadbiran kerajaan yang stabil dan sejahtera di Johor selepas ini.

“Tahniah UMNO, rakan PAS dalam Muafakat Nasional, walaupun tengah sakit. Pesanan budiman mesti islah dan tambah baik diri.

‘Kalau tak, akan kena lipat kali kedua lebih teruk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Mohamad Abduh seterusnya mengucapkan semua parti yang kalah dan meminta supaya sentiasa berfikiran positif.

“Tiada ucapan dan rakaman takziah lagi. Takut sedih memanjang pula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI