fbpx

Kelantan FC gagal kejutkan PJ City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi hebat kedua-dua pasukan yang menyaksikan Kelantan FC kecundang malam tadi

PETALING Jaya City terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan FC pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Walaupun PJ City hadir selaku wakil Liga Super, The Red Warriors langsung tidak gentar sebaliknya berjaya tampil aksi agresif hingga meletakkan tuan rumah dalam situasi sukar.

Bagaimanapun, Kelantan seharusnya menyalahkan diri sendiri selepas sering mempersiakan banyak peluang terhidang.

Terdahulu, permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan dengan gerakan Kelantan lebih tertumpu kepada Kerven Belfort dan Natanael Siringo Ringo.

Minit ke-18, bintang import baharu pelawat, Fadel Antar membuka akaun jaringannya untuk meletakkan Kelantan di depan namun kedudukan itu sekadar bertahan enam minit sebelum Darren Lok meledak gol penyamaan buat PJ City.

PJ City dan Kelantan terus mengatur gerakan sebaliknya tiada tambahan gol mampu dihasilkan.

Bersambung babak kedua, pelawat jelas pasukan yang lebih baik ketika PJ City lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.

Memasuki minit ke-60, tuan rumah makin berani bergerak ke depan dan beberapa kali berjaya memaksa pertahanan Kelantan bekerja keras.

Minit ke-74, Belfort mempersiakan peluang terbaik untuk kembali meletakkan Kelantan di depan apabila tampanannya sekadar singgah di sisi jaring gol PJ City.

Selang lima minit kemudian, PJ City akhirnya memperoleh gol kedua menerusi Rames Perumal.

Di Stadium Negeri, Sarawak United ‘berkenduri’ gol apabila membelasah Ultimate FC 7-0.

Kesemua gol tuan rumah dijaringkan Boris Kok pada minit ke-9, Uche Agba (m-50, m-71) Shamie Iszuan (m-57), Ahmad Khairil Anuar (m-72), Zharmein Ashraf (m-80) dan Francis Kone (m-85). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI