fbpx

Baby Shima dituduh jual arak bukan jamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA

PETALING JAYA – Penyanyi sensasi Baby Shima sekali lagi menjadi mangsa serangan netizen apabila ada yang mendakwa produk madu yang dijualnya merupakan minuman beralkohol atau arak.

Lebih menyedihkan, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 27, dia didakwa menggunakan wang haram menjalankan perniagaan produk penjagaan kesihatan tersebut.

“Mungkin mereka tak suka saya, jadi apa pun saya lakukan tetap salah pada mata netizen. Padahal dari segi botol jamu, memang tak ada persamaan langsung dengan botol minuman tersebut.

“Saya juga diugut supaya berhenti jual jamu. Lebih teruk, ada yang sampai cakap, hasil jamu yang saya jual adalah duit yang haram. Mereka marah-marah dan tak bagi saya jual jamu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Beberapa hari lalu, Baby Shima memuat naik beberapa hantaran dalam InstaStory memaparkan komen-komen netizen yang mengutuk produk jamu jualannya.

Antara komen yang ditinggalkan netizen, mereka berkata, penyanyi itu menjual arak kerana bentuk botol produk jamu tersebut seakan-akan sama dengan minuman keras.

Kongsi penyanyi lagu Pura-pura Bujang itu lagi, kebencian netizen terhadapnya sangat melampau sehingga tahap ada yang menyuruhnya membuang jamu tersebut ke dalam longkang.

“Kalau tak sukakan seseorang, saya tak kisah dihina. Tapi janganlah hina rezeki. Saya sendiri dah tak kisah kalau orang benci atau tak suka saya.

“Sebab saya tak boleh nak buat apa pun. Apa yang penting, saya tak kacau dan hancurkan kehidupan orang lain,” katanya lagi.

Baby Shima yang terkenal dengan banyak publisiti atau gimik sebelum ini bagaimanapun menafikan kecaman yang diterimanya disebabkan produk jamu tersebut adalah salah satu strategi pemasaran daripada dirinya sendiri.

“Setakat ini saya tak nampak komen mengatakan ini gimik. Netizen sendiri pun tahu saya memang ramai pembenci.

“Pergilah tengok mana-mana video atau gambar yang ada saya, tetap akan nampak komen kecaman walaupun dalam perkongsian kandungan yang positif,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI