fbpx

Kemelut tidak ganggu pemain – Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TREVOH Chalobah meraikan jaringan seawal minit ketiga ketika Chelsea menewaskan Norwich 3-1 pada aksi EPL di Stadium Carrow Road awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel akan terus mengheret keluar pasukan itu daripada terjerat dalam kemelut yang melanda kelab itu ekoran sekatan ke atas pemilik kelab, Roman Abramovich.

Bagaimanapun, Tuchel jelas gembira dengan reaksi para pemainnya selepas memastikan kemenangan 3-1 ke atas Norwich City awal pagi semalam.

Kemenangan itu nyata menghadirkan kegembiraan buat Tuchel dan menyifatkan barisan pemainya terlalu bijak untuk mengendalikan situasi sukar yang sedang dihadapi kelab.

“Saya tidak fikir ada orang perlukan situasi seperti ini untuk lebih fokus dan bermotivasi. Terdapat banyak situasi berbeza dan dengan sekatan yang dihadapi hari ini, ia menjadi satu lagi gangguan.

“Seperti kebiasaan, segala-galanya begitu teratur dan ini adalah sesuatu yang cukup baik walaupun terdapat banyak perkara sedang diperkatakan. Saya gembira apabila pemain menunjukkan yang mereka begitu suka bekerja keras dan menghasilkan satu lagi kemenangan di tempat lawan.

“Pasukan menunjukkan watak yang cukup baik dan kami boleh berbangga dengan persembahan seperti ini. Ia menjelaskan kami perlu yakin kepada sikap pemain dan budaya yang adalah dalam kelab ini,” katanya.

Abramovich kini ‘dibekukan’ oleh kerajaan Britain dalam usaha menyekat dana daripada disalurkan kepada Vladimir Putin selepas Rusia melancarkan perang ke atas Ukraine.

Bilionair Rusia yang memiliki Chelsea sejak 2003 itu sedang mencari pembida untuk mengambil alih kelab, namun u­sahanya untuk menjual The Blues terhalang selepas segala asetnya dibekukan oleh kerajaan Britain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI