fbpx

PRN Johor: #TIDAK RASMI Puad dahului kiraan undi di DUN Rengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puad.

PETALING JAYA – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Puad Zarkashi yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit sedang mendahului kiraan undi ketika ini.

Beliau dipercayai memperoleh 5,329 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN) 3,838 undi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1,248 undi dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 118 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerusi DUN berkenaan dimenangi oleh calon BN, Ayub Jamil yang memperoleh 9,642 undi bagi menewaskan dua calon lain.

Calon PKR ketika itu, Malik Faishal Ahmad memperoleh 5,470 undi, manakala calon Pas, Mohd. Tumiran Ahmad memperoleh 2,313 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI