fbpx

PRN Johor : Muhyiddin akur, sedia bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akur dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur apabila PN berjaya memenangi tiga kerusi di DUN Bukit Kepong, Endau dan Maharani.

“Di beberapa kawasan tertentu, di zon tertentu nampaknya sokongan pada parti kita walaupun agak baru, agak baik.

“Ini bermakna kempen-kempen yang telah kita laksanakan dalam tempoh PRN ini telah menarik perhatian rakyat Johor,” katanya ketika sidang akhbar tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan sokongan kepada PN.

Sementara itu, katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk bertanggungjawab atas kekalahan parti itu.

“Saya tiada masalah kalau mereka kata saya tidak payah pegang lagi. Itu adalah satu amanah yang saya pikul.

“Jadi, kalau ada ahli parti yang rasa terkilan, saya sudah buat yang sebaik mungkin. Kita semua sudah bekerja keras sehingga tidak cukup tidur, jadi bagi saya ini adalah cabaran yang perlu kita hadapi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI