fbpx

PRN Johor : Jika tempoh kempen lanjut seminggu, PH boleh menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kit Siang (dua dari kiri) mendakwa keputusan PRN Johor akan memihak kepada PH sekiranya tempoh berkempen dilanjutkan lagi seminggu.

JOHOR BAHRU – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa sekiranya tempoh berkempen dilanjutkan seminggu lagi, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menjadi sebaliknya dan tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Kit Siang mendakwa, dalam situasi berkenaan BN bukan sahaja tidak akan memiliki majoriti dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, malah mereka juga berkemungkinan tewas.

Pemimpin veteran DAP itu bagaimana tidak menjelaskan dengan teliti dakwaan tersebut sebaliknya bertindak mengulangi kenyataan tersebut beberapa kali.

“Jika kita ada seminggu lagi tempoh berkempen, itu akan membawa perubahan besar kepada keputusan PRN Johor ini kerana momentum diperingkat akar umbi menunjukkan sedemikian.

“Jika ada seminggu lagi, kita yakin akan dapat mengekalkan kesemua kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, termasuklah empat yang tewas hari ini iaitu Bekok, Yong Peng, Paloh dan Pekan Nanas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Operasi Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Johor yang diadakan di Hotel Le Grandeur, Senai di sini hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi, parti komponen BN iaitu MCA sebaliknya perlu berasa malu kerana membawa pemimpin politik yang terpalit dengan isu rasuah iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Amat memalukan apabila MCA membawa masuk Najib ke dalam kawasan komuniti Cina, sedangkan mereka tahu dia seorang kleptokrat yang telah didapati bersalah dalam pelbagai kes rasuah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received