fbpx

Niue pulau kedua di Pasifik catat kes pertama Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIUE menjadi pulau kedua di Lautan Pasifik yang merekodkan kes pertama Covid-19. - Twitter

NIUE – Niue dilaporkan menjadi pulau kedua di Lautan Pasifik yang kehilangan status sifar Covid-19 selepas mencatatkan kes pertama, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut kerajaan negara pulau itu, kes pertama tersebut tiba dari New Zealand melibatkan sebuah pesawat yang membawa seramai 25 penumpang. Seorang penumpang disahkan positif Covid-19, namun penumpang lain disahkan negatif. 

Pulau itu mempunyai populasi 2,000 orang dengan kadar vaksinasi yang tinggi. Hampir 97 peratus daripada mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas telah menerima pelalian di samping 98 peratus penduduk berusia 12 hingga 16 tahun.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya 18 negara yang masih bebas daripada pandemik Covid-19 ketika ini. Antaranya ialah Tuvalu, Tokelau, Saint Helena, Kepulauan Pitcairn, Nauru dan negara-negara Bersekutu Micronesia.

“Kes positif itu kini dalam kuarantin dan akan dipantau dengan teliti oleh pegawai-pegawai kesihatan Niue,’’ kata Perdana Menteri, Dalton Tagelagi.

“Kami difahamkan bahawa pesakit berkenaan sudah menerima dua suntikan vaksin dan dos penggalak serta disahkan negatif menerusi ujian PCR dan ujian Antigen Pantas (RAT) 72 jam sebelum menaiki penerbangan dari New Zealand,’’ jelas beliau. 

Niue menjadi pulau kedua yang merekodkan kes pertama Covid-19 pada  minggu ini. Terdahulu, pulau Chatham juga melaporkan kes pertamanya pada hujung minggu lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI