fbpx

Mahkamah pertahankan Han So-hee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN SO-HEE

KISAH ibu kepada pelakon Han So-hee yang menggunakan akaun bank atas nama anaknya itu dalam satu penipuan menjadi perhatian ramai.

Dilaporkan ibu Han So-hee telah meminjam wang daripada seorang individu pada 2019 dan meletakkan nama pelakon itu sebagai penghutang.

Malangnya, wanita itu tidak dapat menyelesaikan hutangnya yang melebihi ratusan ribu ringgit.

Impaknya, individu atau pemiutang itu bertindak menfailkan saman dan menyatakan bahawa Han So-hee sepatutnya menanggung hutang ibunya seperti yang dijanjikan.

Semasa perbicaraan, Mahkamah Daerah Ulsan bagaimanapun menolak permintaan individu itu dan sekali gus menyebelahi So-hee.

“Tiada sebab untuk Han So-hee membayar apatah lagi bertanggungjawab atas hutang ibunya itu. Tiada bukti kukuh yang mengatakan dia terlibat secara langsung dalam kes ini.

“Perkara ini dilakukan ibunya tanpa pengetahuannya dan mahkamah sekeras-kerasnya menolak permintaan pihak pemiutang,” kata mahkamah.

Terdahulu, So-hee, 28, pernah beberapa kali membantu ibunya melunaskan hutang tersebut, namun mengambil keputusan untuk tidak lagi berbuat demikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI