fbpx

PRN Johor: 1,021 undi pos dari Singapura direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hafeez membawa beg berisi undi pos melalui VTL setibanya di Larkin Sentral, Johor Bahru hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sebanyak 1,021 kertas undi pos daripada pengundi Johor yang kini berada di Singapura telah tiba di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral, di sini pada pukul 1.50 petang, hari ini.

Sukarelawan, Mohd. Hafeez A. Jaz, 36, berkata, kesemua kertas undi itu dibawa masuk ke negara ini dalam satu bagasi yang dibawa naik perkhidmatan bas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat Malaysia-Singapura.

Menurutnya, bas yang membawa peti undi berkenaan bergerak meninggalkan stesen bas di Woodlands, Singapura pada pukul 12.40 tengah hari.

“Kita mengumpulkan semua undi pos ini untuk dibawa pulang ke Johor, usaha ini dilakukan bagi memudahkan rakyat Johor menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

“Saya teruja dan berbesar hati untuk membawa pulang undi pos ini kerana ia merupa kali pertama dilakukan khususnya melibatkan inisiatif VTL darat. Alhamdulillah, tanggungjawab saya selesai,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus tiba dari Singapura.

Bagasi tersebut kemudiannya diserahkan kepada seorang lagi sukarelawan iaitu Mandeep Singh, 36, pada pukul 2 petang.

Menurut Mandeep, tugasnya pula adalah untuk menyerahkan semua kertas undi pos itu kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, esok.

Difahamkan, kira-kira 5,000 kertas undi pos telah dikumpulkan dengan ianya dihantar dalam beberapa perjalanan iaitu masing-masing pada 6 dan 8 Mac, selain penghantaran terakhir iaitu hari ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI