fbpx

KPM dirayu segera bayar tunggakan kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razalee (tengah) menunjukkan kertas senarai bayaran tertunggak pihak KPM

SHAH ALAM – Kira-kira 2,000 ahli Persatuan Gabungan Kontraktor Kebersihan Bangunan Dan Kawasan (KBK) 1Malaysia merayu kerajaan menyegarakan tunggakan gaji bagi dua tahun bermula 2019.

Tunggakan gaji itu susulan Pelarasan Gaji Minima (PGM) dan tunggakan bayaran kontraktor di bawah klausa AP 58.

Pengerusinya, Razalee Ahmad berkata, anggaran tunggakan bernilai RM165 juta tersebut disebabkan oleh pelaksanaan gaji minimum yang bermula daripada RM1,100 pada tahun 2019 dan RM1,200 untuk 2020.

Katanya, ahli-ahlinya terpaksa mendahulukan duit modal bagi membayar gaji kakitangan pembersihan.

“Selain itu, bayaran tambahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang boleh dituntut kemudian daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kami sehingga kini masih patuh membayar pekerja kami mengikut PGM namun selepas lebih dua tahun belum menerima tunggakan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau memberitahu, kemelut kewangan kini lebih terbeban pada pihaknya apabila KPM baru-baru ini telah menangguhkan bayaran tuntutan bulanan untuk bulan Oktober, November dan Disember 2021 di bawah klausa AP 58.

Klausa itu adalah merujuk kepada pembayaran yang memerlukan kebenaran khas di bawah perbelanjaan mengurus yang berkaitan dengan pertanggungan yang kena dibayar pada atau sebelum hujung tahun kewangan yang lama digunakan untuk pembayaran dalam tahun kewangan semasa.

Justeru, Razalee mahu KPM lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah ini dengan segera.

“Kami masih bertahan demi kelangsungan perniagaan walaupun sedang melalui waktu yang sangat getir dengan kekangan kewangan serta masalah kekurangan pekerja warga tempatan sejak pandemik covid-19.

“Kerajaan mahu pendapatan pekerja dipertingkatkan namun kami tergadai. Sudah, pasti semua ahli KBK mahu situasi menang-menang agar pelaksanaan PGM lebih relevan dalam pengurusan pembayaran lebih bersistematik oleh KPM,”jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI