fbpx

8 laluan untuk keselamatan penunggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHECK point khas disediakan bagi membolehkan penunggang basikal bergambar di lokasi dan monumen ikonik di Putrajaya.

SEJAK kebelakangan ini, minat segelintir masyarakat terhadapaktiviti berbasikal semakin
tinggi seiring kesedaran penjagaan kesihatan.

Meskipun begitu, aktiviti berbasikal hadir dengan risiko tersendiri, terutamanya berkaitan keselamatan
termasuk terlibat dalam kemalangan maut.

Menyedari hakitat itu, Perbadanan Putrajaya (PPj) tampil memperkenalkan laluan basikal lebih selamat serta lengkap dengan keperluan penunggang.

Inisiatif dikenali sebagai Putrajaya Cycling Route (PCR) itu membolehkan para penunggang boleh memilih beberapa laluan melalui sekitar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Pengarah Rekreasi dan Operasi, Jabatan Landskap dan Taman PPj, Asmah Yahaya berkata, PCR merupakan inisiatif di bawah Blueprint Cycling Putrajaya dalam menjadikannya bandar
rekreasi dan pelancongan.

Ujarnya, objektif utama PCR adalah untuk menyediakan peta laluan basikal sebagai panduan kepada penunggang dan penggemar sukan berbasikal terutama pelancong di Putrajaya.

Jelasnya, ia juga selaras menjadikan Putrajaya sebagai Bikeable City iaitu inisiatif ke arah Putrajaya Green City 2025.

“Kini, penunggang basikal boleh merancang dan membuat pilihan berkaitan laluan bersesuaian bagi
menjalankan aktiviti berbasikal yang sangat popular di bandar ini.

“Penyediaan PCR ini meletakkan Putrajaya setanding bandar raya terkenal lain seperti Melbourne (Australia), Amsterdam (Belanda) dan Taipei (Taiwan),” katanya ketika ditemu
bual Horizon baru-baru ini.

Projek PCR mendapat kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan Air sebagai penyelaras projek Green
Technology Application for the Development of Low Carbon Cities.

Fasa 1 pembangunan PCR melibatkan lapan laluan merangkumi jarak keseluruhan 180 kilometer (km) dengan Anjung Floria di Presint 4 dijadikan lokasi hentian permulaan dan penamat.

ASMAH menunjukkan beberapa laluan berbasikal yang diwujudkan di sekitar
Putrajaya.

Kelapan-lapan laluan berkenaan adalah Persisiran dengan jarak 10.65km, Bougainvillea (14.04km), Patriot
8 laluan basikal untuk keselamatan penunggang (17.21km), Botani (22km), Empangan (30km), Hujan Hujan (22km), Wetland (28.30km) dan Damar (35.80km).

“Setiap laluan adalah berbeza mengikut tema, terutamanya dari aspek peringkat umur dan jenis basikal
digunakan.

Misalnya, laluan Wetland dikhususkan bagi basikal mendaki sahaja,” katanya. Ujar Asmah, pihaknya turut
menyediakan enam hentian di sepanjang PCR dilengkapi kemudahan asas diperlukan penunggang basikal.

Antara kemudahan itu adalah tempat pembaikan dan pam basikal, tandas awam, water dispenser, medan selera, surau, parkir, tandas dan tempat rehat.

“Kami menandakan 25 check point terbaik bagi penunggang basikal bergambar berlatarbelakangkan
monumen ikonik di Putrajaya,” katanya.

Menariknya, PPj turut membangunkan aplikasi MyPutrajaya Bike bagi membantu penunggang
basikal membuat pilihan laluan.

Tegasnya, pengunjung perlu mengimbas kod QR laluan dipilih bagi mendapatkan jarak laluan, tempoh
perjalanan, jenis basikal bersesuaian serta senarai hentian dan check point.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN