fbpx

51 pengunjung pusat hiburan tanpa lesen dikompaun RM51,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengeluarkan 51 kompaun kepada 51 pengunjung warga tempatan di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu dalam serbuan IPD Cheras malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 51 pengunjung sebuah pusat hiburan tanpa lesen dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menjalankan serbuan tersebut pada pukul 10.10 malam.

“Hasil serbuan polis telah mengeluarkan 51 kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 terhadap 51 pelanggan warga tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kompaun RM51,000.

“Selain itu, kita turut menahan seorang lelaki warga tempatan dan lima orang wanita warga asing atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah, menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah dan bekerja tanpa permit yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idzam, polis turut merampas satu unit Professional Mixer DJM-2000 Nexus jenama Pioneer, satu unit mikrofon receiver jenama Aviano, dua unit mikrofon jenama tanpa jenama dan satu unit pembesar suara jenama KH Sound.

“Kesemua suspek yang ditangkap berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Imigresen 1959 (Pin 2002),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI