fbpx

#MH370 terus sohor kini di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Tanda pagar #MH370 terus sohor kini di Twitter hari ini apabila ramai pengguna laman media sosial itu memuat naik pelbagai hantaran dalam usaha memperingati kehilangan pesawat berkenaan yang memasuki tahun kelapan.

Sebelum ini, pesawat Beoing 777-200ER milik Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan sejurus melintasi ruang udara Laut China Selatan sebelum kehilangannya kekal menjadi misteri hingga kini.

Menerusi tinjauan Kosmo! di Twitter, ciapan mengenai MH370 dikongsi lebih 3,618 kali pengguna sekali gus menjadi sohor kini di ‘Trending in Malaysia’.

Rata-rata pengguna Twitter terus mendoakan agar misteri melibatkan pesawat itu berjaya dirungkai selain berharap agar keluarga mangsa terus tabah dan kuat dalam melalui situasi getir itu.

“Lapan tahun lalu pada 8 Mac 2014, MH370 berlepas dari KLIA dan dijangka tiba di Beijing lapan jam kemudian, tetapi ia terus menghilang. Masih menjadi salah satu misteri terbesar dunia penerbangan, doa kita untuk 239 nyawa di dalam pesawat itu,” kata Michael Warren.

“Tidak pernah dilupakan, Al Fatihah, MH370,” doa KhairulNizar86.

“Lapan tahun, tetapi masih ada harapan untuk menjumpai pesawat itu, selamat malam MH370,” jelas itskaytobeyou.

Operasi pencarian terakhir MH370 dihentikan pada Mei 2018 selepas syarikat eksplorasi Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat itu.

Usaha pencarian meliputi lebih 112,000 kilometer persegi dengan keseluruhan operasi mengambil masa lebih empat tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI