fbpx
PERTAHANAN Penang FC, Rafael Vitor (kiri) menjadi tonggak utama barisan pemain Penang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya George Town di sini malam tadi.

Gol jaringan sendiri Latiff ikat Melaka United FC 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Penang FC terpaksa melupakan hasrat untuk meraih kemenangan pertama di laman sendiri pada perlawanan menentang Melaka United FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya di sini malam tadi apabila hanya mencatatkan keputusan seri 1-1.

Perlawanan bermula garang apabila pasukan kendalian Ketua Jurulatih Penang FC, Thomas Trucas beraksi garang sehingga memberi tekanan kepada pasukan lawan dari awal perlawanan berlangsung.

Dalam perlawanan malam tadi, Penang FC hanya mempertaruhkan dua gandingan pemain import Rafael Vitor dan Hilal El-Helwe untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Meskipun bermain dalam keadaan hujan renyai namun tidak sedikit pun mematahkan semangat barisan pemain skuad Harimau Kumbang untuk kali pertama beraksi di hadapan kira-kira 1,400 penonton.

Cubaan menghasilkan gol sulung Penang FC menerusi sepakan percuma pemain pertahanannya dari Brazil, Rafael Vitor gagal apabila hanya menyinggah ke tepi gawang lawan pada awal minit keenam.

Anak buah Risto Vidakovic Savic kelihatan makin tertekan dengan asakan bertali arus barisan kelompok pertahanan Penang FC meskipun cuba mempertahankan kubunya.- KOSMO! ONLINE

POPULAR