fbpx

Pasangan askar Ukraine berkahwin di barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lesya dan Valeri berkahwin tidak jauh dari lokasi pusat pemeriksaan di bandar Kiev, semalam. – AFP

KIEV – Sepasang kekasih yang merupakan anggota tentera Ukraine melangsungkan perkahwinan di barisan hadapan medan perang di bandar raya Kiev, dalam satu acara ringkas yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar, Vitali Klitschko.

Menurut laporan akhbar The Sun, kedua-dua askar pertahanan wilayah, Lesya dan Valeri itu menjalinkan ‘hubungan istimewa’ selama lebih 20 tahun.

Mereka membuat keputusan untuk mengadakan upacara rasmi itu di pusat pemeriksaan bandar Kiev pada hari ke-11 pertempuran.

“Hari ini, saya meraikan dua askar daripada  batalion pertahanan ibu negara, Lesya dan Valeri. Mereka telah lama mendaftar perkahwinan secara sivil, dan kini membuat keputusan untuk berkahwin secara sah.

“Upacara itu diadakan di sebuah lokasi berhampiran dengan salah satu pusat pemeriksaan. Hidup mesti diteruskan! Kita akan terus melindungi Kiev, negeri kita!” kata Klitschko dalam satu video yang dikongsikan di Twitter.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan, pasangan Lesya dan Valeri dilihat turut dikelilingi oleh askar-askar sepasukan bagi meraikan perkahwinan mereka.

Lesya turut membuka topi keledar miliknya dan memakai kerudung pengantin berwarna putih sambil memegang jambangan bunga. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI