fbpx

Lagu ‘indie’ Pelukan Angkasa ungguli AJL36

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR –  Lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah mencipta kejutan apabila mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (PWTC), malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan lagu pemuzik ‘underground’ itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi bersalut emas.

Naib juara AJL36 menjadi milik lagu Cinta nyanyian Marsha Milan sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula menjadi milik lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli Ciptaan komposer Haqiem sendiri bersama lirik, Datuk A. Aida dengan membawa pulang wang tunai wang tunai RM30,000 beserta trofi.

Selepas tiga kali menyertai AJL, penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Sepi akhirnya dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Lagu Cinta dendangan Marsha Milan pula diumumkan sebagai Persembahan Terbaik dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 beserta trofi.

Kategori Penyanyi Pilihan Popular yang pertama kali dianjurkan menjadi milik Aina Abdul dan Khai Bahar yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000 beserta trofi.

AJL36 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan gandingan pengacara pelakon popular Nabila Huda dan penyanyi Aliff Satar.

Malam kemuncak AJL36 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, Datuk Jamal Abdillah, Ayda Jebat dan kumpulan Cassia.

Manakala penyanyi Dayang Nurfaizah tampil membuat persembahan menyanyikan lagu tema oleh penaja utama AJL36, iaitu Noir.

Kumpulan rock legenda negara, Wings pula tampil dengan membuat persembahan penutup penuh mantap sehingga membuatkan seluruh stadium gamat dengan sorakan.

Edisi ke-36 AJL diadili 10 juri profesional iaitu Datuk Mozhani Ismail selaku ketua juri, LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan.

Membawakan tema Inilah Rentak Kita sebagai tema AJL36, kehadiran penonton dihadkan kepada seramai 200 orang sahaja terdiri daripada kumpulan penyokong finalis yang bertanding. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI