fbpx

Kadar garis kemiskinan di negara ini disemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menyemak semula kadar garis kemiskinan di negara ini dan hasil semakan itu dijangka dipinda dengan sewajarnya pada suku pertama tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, buat masa ini, kadar garis kemiskinan di peringkat nasional bagi satu keluarga ialah RM2,208 manakala bagi miskin tegar sebanyak RM1,169.

“Untuk makluman, kadar kemiskinan negara telah menurun dengan ketara berbanding lima dekad dahulu di mana kadar kemiskinan mutlak peringkat nasional turun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 5.6 peratus pada tahun 2019.

“Kadar kemiskinan di bandar pula menurun daripada 21.3 peratus kepada 3.8 peratus selain kadar kemiskinan di luar bandar menurun daripada 58.7 peratus kepada 12.4 peratus,” katanya di Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang menjelaskan mengenai keadaan kemiskinan dalam dan luar bandar selain isu jurang pendapatan dihadapi rakyat negara ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI