fbpx

Empat lelaki aktif edar syabu, heroin dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian (dua dari kiri) melihat dadah yang dirampas selepas mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town hari ini. FOTO : IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Empat lelaki tempatan yang aktif mengedar dadah jenis syabu dan heroin di daerah Timur Laut di sini ditahan polis dalam enam serbuan berasingan di sekitar daerah itu Rabu lalu.

Dalam operasi yang bermula pukul 12 tengah hari dan berakhir hingga tengah malam itu, polis turut merampas dadah jenis heroin serta syabu yang keseluruhannya seberat 4.2 kilogram, bernilai RM79,116.

Difahamkan, kesemua dadah berkenaan dipercayai diperoleh daripada pihak lain sebelum suspek-suspek yang merupakan penganggur berusia 31 hingga 21 tahun itu membungkus dan mengedarkannya semula kepada pembeli.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek lelaki berusia 31 tahun ditahan di kawasan tempat letak kereta di Sungai Dua di sini sebelum menyerbu sebuah flat dan menahan seorang lagi lelaki berumur 31 tahun bersama 960 gram (g) heroin.

“Polis seterusnya membuat serbuan ketiga di sebuah rumah flat di Paya Terubong dan merampas sembilan paket mengandungi 3,349.5 g heroin serta 11 paket syabu (291 g).

“Kemudiannya, seorang lagi lelaki berusia 21 tahun ditahan dalam serbuan di tempat letak kereta sebuah flat sebelum menyerbu stor di kawasan sama dan merampas 332 g heroin dan 179 g syabu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI