fbpx
COUTINHO berjaya meledak satu gol dan mencipta satu umpanan gol ketika Villa menewaskan Southampton 4-0 kelmarin. – AFP

Coutinho kembali ke prestasi terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard mengakui bahawa bintang pinjamannya, Philippe Coutinho sudah kembali menemui sentuhan seperti ketika bersama Liverpool.

Pada perlawanan menentang Southampton kelmarin, Coutinho berjaya meledak satu gol dan mencipta satu um­panan gol ketika membantu pasukan itu membenam Sout­hampton 4-0 di Villa Park.

Prestasi tersebut menyaksikan Coutinho kini terlibat dalam menghasilkan enam gol buat Villa sejak menyertai pasukan itu pada Januari lalu sekali gus memintas pencapai­an untuk keseluruhan aksi bersama Barcelona musim lalu.

“Kami mendapat khidmat Phil (Coutinho) yang kembali cergas dan berada pada prestasi terbaik. Dia kembali mempamerkan apa yang dipersembahkan ketika bersama Liverpool sebelum ini.

“Aksi cemerlangnya membantu para pemain lain untuk tampil lebih baik. Apabila Phil berada pada tahap terbaik, dia adalah seorang pemain berkelas dunia,” katanya.

Sementara itu, Ollie Watkins yang turut mencetak nama selaku penjaring pada aksi berkenaan mengakui sangat gembira diberi peluang beraksi bersama Coutinho.

“Adakalanya saya merasakan dia terlalu pantas untuk bermain bersamanya menyebabkan saya perlu berusaha lebih keras. Dia seorang yang tajam dan memiliki cara berfikir yang pantas berbanding pemain lain,” jelasnya. – AGENSI

POPULAR