fbpx

24 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang, 10 lokasi di Cheras banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
24 kenderaan yang diparkir di kawasan HUKM rosak dihempap pokok tumbang, petang tadi.

CHERAS – Sejumlah 24 kenderaan yang diparkir berdekatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dekat sini mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 3.15 petang sekali gus menyebabkan kesesakan kepada lalu lintas di lokasi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan pihak bomba sedang bertungkus lumus mengalihkan pokok-pokok yang tumbang,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Dalam perkembangan sama, jelas beliau, sebanyak 10 lokasi di daerah ini sedang dilanda banjir kilat ketika ini.

Kawasan tersebut adalah Taska Ros Kani, Jalan Br 2/12 Kuala Lumpur, Susur PGRM, Sunway Velocity, Jalan Tasik Selatan dan Lebuh Raya Kesas (berhampiran Awan Besar) terowong Jalan Jalil Link.

Selain itu, Bukit Jalil (simpang laluan masuk ke Balai Polis Bukit Jalil), Jalan Chan Sow Lin, Pekan Salak South, MRR2 berhampiran TBS dan Lebuh Raya Bukit Jalil.

Katanya, berlaku kesesakan teruk di Jalan Chan Sow Lin dan MRR2 berhampiran TBS manakala laluan ke Pekan Salak South ditutup ekoran air naik paras lutut dan berbahaya kepada kenderaan serta orang ramai.

Muhammad Idzham menasihati warga Kuala Lumpur agar tidak keluar dari kediaman masing-masing atau dalam mana-mana bangunan ketika ini kerana kebanyakan jalan di daerah ini mengalami kesesakan yang teruk. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI