fbpx
PASUKAN bola sepak Rusia ketika ini dihalang daripada meneruskan aksi kelayakan Piala Dunia menentang Poland 24 Mac ini ekoran sekatan yang dikenakan oleh FIFA. – AFP

RFU cabar FIFA di CAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Persatuan Bola Sepak Rusia (RFU) mengesahkan bakal membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengenai hukuman yang dilakukan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mengharamkan penyertaan pa­sukan itu ke Piala Dunia 2022.

Sebagai rekod, pada awal ming­gu ini FIFA telah membuat pusingan ‘U’ dengan mengharam­kan penyertaan Rusia yang sepatutnya beraksi pada peringkat playoff Piala Dunia 2022 menentang Poland pada 24 Mac depan.

Keputusan yang sama dibuat oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang turut menyingkirkan penyertaan kelab Rusia, Spartak Moscow daripada peringkat kalah mati saingan Liga Europa musim ini.

“Keputusan FIFA dan UEFA wajar untuk dipersoalkan dan kedua-dua badan induk itu tidak berbincang langsung dengan kami sebelum menjatuhkan hukuman yang dianggap cukup berat dan tidak adil.

“RFU adalah ahli gabungan untuk badan induk seperti FIFA dan UEFA dan tidak wajar buat mereka melakukannya seperti ini. Sudah tentu kami akan membuat rayuan kepada CAS dan kalau perlu, kami akan meminta pampasan daripada mereka,” kata kenyataan RFU.

Sebelum ini, beberapa negara Eropah telah mengeluarkan kenyataan untuk memboikot sebarang aksi antarabangsa melibatkan Rusia pada masa akan datang susulan negara itu masih berada dalam konflik peperangan dengan Ukraine ketika ini.

Selain kejohanan Piala Dunia 2022, skuad kebangsaan wanita Rusia turut diharamkan daripada beraksi pada Kejohanan Eropah Wanita (Euro) yang sepatutnya berlangsung pada Jun depan. – AGENSI

POPULAR