fbpx

KKM jelas kaedah terbaik buat RTK, PCR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ujian pantas RTK-Ag (RTK) adalah disarankan kepada individu begejala atau berisiko tinggi sementara RT-PCR (PCR) masih merupakan ‘gold standard’ (terbaik) bagi mengesan jangkitan Covid-19.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), penggunaan ujian RTK adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala.

Carta bagi tahap terendah pengesanan jangkitan Covid-19 menggunakan ujian pantas RTK dan PCR. – KKM

“KKM telah meluluskan penggunaan RTK sebagai suatu kaedah alternatif pengujian selain PCR.

“Namun, ujian PCR masih merupakan ‘gold standard’ (terbaik) bagi mengesan jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Jelasnya lagi, ujian RTK biasanya boleh mengesan jangkitan pada hari ketiga hingga hari ketujuh selepas seseorang terdedah kepada pesakit Covid-19.

“Manakala ujian PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari kedua hingga hari ke 14 selepas dijangkiti.

“Justeru, ketepatan ujian RTK dan PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI