fbpx

Kerajaan tidak pernah lupa tragedi MH370

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014. – GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak pernah sekali melupakan misi untuk mengesan bangkai pesawat MH370 sehingga kini biarpun sudah hampir lapan tahun berlalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kerajaan kini masih menunggu sebarang petunjuk baharu yang kuat sebelum memulakan semula misi pencarian itu.

Beliau berkata, petunjuk baharu itu penting bagi menentukan lokasi yang lebih spesifik bangkai pesawat berkenaan.

“Pertimbangan (petunjuk baharu ini) akan digunakan bagi meneruskan misi mengesan pesawat berkenaan pada masa depan,” katanya menerusi rakaman video sempena memperingati tragedi pesawat MH370, hari ini.

Katanya, pihaknya sentiasa mengkaji apa sahaja bentuk bukti baru yang didedahkan bagi mengenal pasti lokasi bangkai pesawat berkenaan.

Ka Siong berkata, kerajaan tidak pernah mengambil sikap berkira dalam mengeluarkan perbelanjaan wang untuk usaha kolektif kerjasama dengan Malaysia, Australia dan China bagi menjejaki pesawat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI