fbpx

Isteri berpantang, Syamel ganti nyanyi lagu Boneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Meleraikan teka-teki ramai, suami kepada Ernie Zakri iaitu Syamel menggantikan posisi penyanyi tersebut mendendangkan lagu Boneka pada acara berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) sebentar tadi.

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly melunaskan tanggungjawab menyanyikan lagu ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh berkenaan dengan rendisi tersendiri.

Terdahulu, Ernie selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 22 Februari lalu.

Disebabkan masih dalam fasa berpantang, pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri itu tidak dapat membuat persembahan menyanyikan lagu Boneka pada malam ini.

AJL36 yang bersiaran langsung dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda.

Sebanyak 12 lagu terbaik tanah air berentap pada edisi kali ini iaitu Boneka (Ernie Zakri), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Purnama (Naim Daniel), Aewo (Shiha Zikir & Noki), Salahku (Yonnyboii), Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila & Shila Amzah), Lara (Haqiem Rusli, Hael Husaini & Naim Daniel), Angkara (Siti Nordiana), Mimpi (Haqiem Rusli) dan Cinta (Marsha).

Sementara itu, Aina Abdul turut bertanding menerusi dua buah lagu iaitu Sepi dan Nafas Cinta (duet bersama Khai Bahar). – KOSMO! ONLINE

POPULAR