fbpx

PICKids capai 27 peratus vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BAGAN SERAI – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Untuk Kanak-Kanak (PICKids) telah mencapai 27.4 peratus vaksinasi dos pertama kanak-kanak sehingga 4 Mac lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, Sarawak negeri tertinggi dengan catatan 52.6 peratus, manakala beberapa negeri baru mencapai 30 peratus.

“Terdapat tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Sabah masih lagi berada bawah 15 peratus yang mengambil suntikan dos pertama PICKids.

“Peratusan rendah tiga negeri ini dipercayai berpunca kerana ada ibu bapa masih ragu-ragu dan bimbang terhadap kesan pengambilan vaksin,” katanya ketika ditemui di sini.

Suntikan vaksin Pfitzer dos pertama bagi kanak-kanak telah mendapat kelulusan secara bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 6 Januari lalu.

Dalam pada itu kata Noor Azmi, KKM telah mewujudkan pusat komunikasi untuk menangani isu itu antaranya memberi penjelasan tentang kepentingan pengambilan vaksin.

Ini termasuk penerangan melalui pelbagai platform termasuk media sosial.

“Perlu diingatkan bahawa vaksin yang telah diluluskan oleh PKBD telah menjalani ujian yang ketat dari segi keselamatan dan kualiti.

“Keberkesanan,kepentingan serta kebaikan pengambilan vaksin lebih penting daripada kesan sampingannya yang sedikit mengikut rekod kesan advers berikutan pelalian (AEFI),” katanya

Tambahnya lagi, hingga kini AEFI tiada rekod kematian tentang kanak-kanak yang mengambil suntikan vaksin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI