fbpx

Kelakar betul, gelagat ‘syatu syalahkanku’ Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN

JIKA sudah namanya Elly Mazlein, apa pun yang dilakukannya pasti akan menghiburkan ramai.

Minggu ini tular beberapa sedutan video gelagat wanita yang mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom itu ketika mengacarakan konsert Big Stage Ahad lalu. Paling mencuit hati umum ialah ketika dia meniru gaya sebutan salah seorang juri tetap iaitu Ajai yang dikatakan pelat huruf ‘s’.

“Syalahkanku jangan syalahkanku. Kak Lina nombor syatu (satu) sekarang,” selorohnya.

Gelagatnya itu membuatkan penonton tidak kering gusi malah ada yang berharap agar ibu anak dua itu diberi peluang menjadi pengacara tetap bagi program-program besar selepas ini.

“Walaupun hanya pengacara ganti, Kak Lina punya prestasi memang mantap,” puji seorang netizen.

Difahamkan, Elly menjadi pengacara Big Stage bagi menggantikan Sherry Al-Hadad kerana dijangkiti Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI