fbpx

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia permudahkan urusan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad (dua, kiri) melakukan gimik pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Johor di Dataran Angsana, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang dilakukan ke setiap negeri antara inisiatif dalam membantu rakyat terutama dalam mendapatkan maklumat terus mengenai bantuan dan perancangan ditawarkan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian-kementerian melalui agensi masing-masing menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak pada siri jelajah sekaligus memudahkan urusan orang ramai.

“Menerusi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, kementerian-kementerian melalui agensi masing-masing disaran melakukan penglibatan seperti menyelesaikan isu-isu yang tertangguh di peringkat negeri sebulan sebelum hari jelajah yang dirancang.

“Hasil atau pencapaiannya kemudian dinyatakan semasa Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang dijadualkan di negeri berkenaan.

“Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini sangat penting dalam menguar-uarkan manifestasi dan pelaksanaan usaha berterusan kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat secara turun padang ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, di Dataran Angsana Johor Bahru Mall di sini hari ini.

Program jelajah itu diadakan susulan sambutan gemilang acara 100 Hari Keluarga Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur Convenction Centre (KLCC) sebelum ini dan kini diperluaskan jelajah di peringkat negeri dengan Johor menjadi negeri pertama.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan perkhidmatan kerajaan yang disediakan secara langsung kepada orang ramai.

Menurut Ismail Sabri, segala yang dirancang sama ada dari segi bantuan dan skim kepada rakyat pasti tidak akan berjaya dalam keadaan politik yang tidak stabil.

Katanya, kestabilan politik merupakan syarat utama untuk merealisasikan segala yang perancangan.

“Di peringkat persekutuan, Insya-Allah kita bekerjasama semua pihak termasuk pembangkang, maka kita telah berjaya mewujudkan kerajaan Persekutuan yang stabil ketika ini seperti yang dititah Yang di Pertuan Agong.

“Saya percaya di Johor juga kita memerlukan kerajaan negeri yang stabil supaya setiap perancangan oleh Menteri Besar dapat direalisasikan demi kepentingan Keluarga Malaysia di Johor. Saya doakan kejayaan kepada Datuk Seri Hasni Mohammad,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN