fbpx

Bila Bienda jual pau, habis pakat puji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIBAT Bienda yang berniaga pau di tepi jalan membuatkan netizen berasa terpegun.

JARANG sungguh mendengar cerita tentang penyanyi Bienda tetapi baru-baru ini tular sebuah video dia menjual pau di sebuah gerai.

Terdapat segelintir yang tidak mengenalinya menyangka Bienda hanya gadis biasa berniaga pau di tepi jalan.

“Cantiknya penjual pau. Nak kunci dia sebagai jodoh boleh?” seloroh netizen yang tidak mengetahui pelantun Penantian itu.

“Cantik tapi sanggup berpanas demi rezeki,” komen netizen.

Bagaimanapun, selepas tular si empunya badan ialah Bienda, rata-rata netizen terkejut dan tidak menyangka seorang artis akan berniaga sebegitu.

“Sejuk melihat penampilan Bienda sekarang. Semoga murah rezeki,” komen seorang lagi netizen.

Difahamkan Bienda hanya menolong suaminya berniaga bagi menambah pendapatan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI