fbpx
TANGKAP layar mmaparkan situasi ketika beberapa wanita berlari ke kaunter sebuah pasar mini kerana menyangka bekalan minyak masak tiba. - Instagram

Wanita tertipu sangka lori hantar minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario beberapa wanita berlari ke kaunter di sebuah pasar mini untuk membeli minyak masak, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik oleh ke dalam akaun Instagram bernama @magelang_raya.

Menerusi rakaman video berkenaan, beberapa wanita dirakam sedang menunggu ketibaan bekalan minyak masak di luar sebuah pasar mini. 

Kemudiannya, sebuah lori tiba di hadapan pasar mini tersebut. Kumpulan wanita berkenaan menyangka ia adalah lori penghantar bekalan minyak masak lalu berlari ke kaunter untuk beratur.

Sangkaan mereka meleset apabila lori berkenaan berhenti di sisi jalan di hadapan pasar mini berkenaan hanya untuk membuat pusingan U lalu beredar.

Muat naik yang dikongsikan itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Nak gelak takut dosa,’’ tulis seorang netizen.

“Kesian emak-emak kerana bekalan minyak masak susah nak dapat dengan harga mahal,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI