fbpx

Rakyat tiada slip gaji boleh beli rumah melalui SKJP – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri berswafoto dengan kakitangan Pr1ma pada Majlis Lawatan Residensi Pr1ma Larkin Indah, Johor Bahru disini.

JOHOR BAHRU- Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) memberi kemudahan kepada orang ramai yang mempunyai masalah pembiayaan untuk memiliki kediaman sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan turut memberi jaminan kredit kepada pembeli terutamanya mereka yang mempunyai masalah slip gaji.

Beliau berkata, sebelum ini, pembeli yang tidak mempunyai slip gaji susah untuk membeli rumah kerana masalah pembiayaan.

“Bagaimanapun, selepas ini mereka yang tidak mempunyai slip gaji juga berpeluang membeli rumah kerana syarikat ini (SJKP) adalah memberi jaminan 100 peratus oleh kerajaan.

“Ini adalah usaha kerajaan dalam memastikan rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan slip gaji memiliki rumah sendiri. Ia juga selaras dengan aspirasi “1 Keluarga 1 Rumah” dapat direalisasikan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan sesi penyerah kunci kepada pembeli di Residensi Larkin Indah di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Residensi Larkin Indah mempunyai 1,174 unit kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, pejabat pengurusan, tadika, taska, taman permainan dan kawalan keselamatan 24 jam.

Sehingga kini, sebanyak 337 unit residensi ini telah terjual dan sebanyak 642 unit lagi sudah ditempah pembeli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI