fbpx

Lelaki bahagia kahwini pasangan kembar tiga serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luwizo berasa gembira kerana dapat mengahwini pasangan kembar tiga berkenaan. – Newsflash

KALEHE, REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO – Seorang lelaki di Republik Demokratik Congo bertindak mengahwini  pasangan adik-beradik kembar tiga secara serentak selepas mengakui jatuh cinta kepada mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Luwizo, 32, dia membuat keputusan  sukar itu selepas ‘dilamar’ oleh ketiga-tiga wanita berkenaan untuk mengahwini mereka.

“Saya menuruti permintaan itu kerana mereka merupakan kembar tiga. Ia bukan satu keputusan yang mudah kerana sehingga sekarang, ibu bapa saya masih tidak memahami apa yang saya lakukan ini,” katanya.

Tambah Luwizo, dia pada mulanya telah jatuh cinta dengan salah seorang daripada kembar seiras tersebut, Natalie selepas berkenalan di media sosial.

“Saya tidak dapat menolak kecantikannya. Apabila kami bertemu, kami sering berpelukan dan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin,” ujarnya.

Sementara itu, menurut salah seorang daripada kembar bernama Natasha, Natalie dan Nadege itu, Luwizo terkejut apabila diminta mengahwini ketiga-tiga mereka selepas menjalinkan hubungan cinta dengan Natalie.

“Namun, disebabkan dia telah jatuh cinta kepada kami bertiga, tiada yang mampu menghalang perkahwinan ini kerana kami juga mencintainya,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI