fbpx

32,467 kes baharu Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam melonjak melepasi angka 30,000 iaitu 32,467 kes, sekali gus tertinggi sejak pandemik tersebut dilaporkan di negara ini.

Ia kali keempat negara merekodkan kes melepasi angka 30,000 dengan sebelum ini ialah 31,199 kes (23 Februari), 32,070 kes (24 Februari) dan 30,644 kes (25 Februari).

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 413 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, jumlah kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 3,528,557 kes.

“Mengikut pecahan negeri-negeri, kes semalam dilaporkan di Selangor (8,053 kes), Kedah (3,242 kes), Kuala Lumpur (2,881 kes), Sabah (2,717 kes), Pulau Pinang (2,488 kes), Negeri Sembilan (2,045 kes), Johor (1,979 kes) dan Pahang (1,912 kes).

“Seterusnya Kelantan (1,739 kes), Perak (1,713 kes), Sarawak (1,206 kes), Terengganu (993 kes), Melaka (821 kes), Perlis (273 kes), Labuan (270 kes) dan Putrajaya (135 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 86 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,028 kes serta sebanyak 28 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,808 kes.

Sebanyak 298,231 kes aktif dilaporkan melibatkan 286,097 kes dikuarantin di rumah, 3,457 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,322 kes di hospital, 147 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 208 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`