fbpx

VTL Pulau Pinang-Singapura dijangka bermula pertengahan Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soon Hin (kiri) ketika melancarkan Pepsi Escape Challenge di Escape Penang, di Teluk Bahang, Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – Program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Singapura dan Pulau Pinang dijangka bermula pertengahan Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, segala persiapan untuk pelaksanaan program itu termasuk persediaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) telah dijalankan dengan rapi.

“Pada masa ini secara prinsipnya kita difahamkan VTL udara antara Singapura dan Pulau Pinang akan dijalankan pada pertengahan Mac ini dan lampu hijau mengenainya telah diperoleh.

“Segala persiapan telah dijalankan untuk pelaksanaan VTL udara antara negeri ini dan Singapura,” katanya ketika ditemui di Escape Penang, di sini hari ini.

Terdahulu, Soon Hin melancarkan Pepsi Escape Challenge di gelongsor air terpanjang di dunia itu sebagai salah satu tarikan terbaharu di taman tema air berkenaan.

Yang turut hadir, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure Group, Sim Choo Kheng.

Sementara itu, Choo Kheng berkata, selain gelongsor air terpanjang di dunia, pihaknya juga merancang untuk melancarkan zipcoaster terpanjang di dunia di taman tema tersebut.

“Syarikat ini juga merancang untuk mengembangkan perniagaan kami di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

“Kami merancang untuk memperkenalkan Escape di lokasi pelancongan utama, seperti Escape di Petaling Jaya, dan di pusat membeli-belah lain di Lembah Klang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI