fbpx

Suami kantoi simpan surat cinta ‘ex’, terus bakar depan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan gelagat pasangan suami isteri apabila menjumpai surat cinta pasangan bersama bekas kekasih ketika di bangku sekolah.

PETALING JAYA – Pengalaman zaman muda pastinya pernah melalui ‘cinta monyet’ terutamanya ketika di bangku sekolah dulu yang lebih gemar berbalas surat cinta dalam meluahkan isi hati dan perasaan rindu kepada pasangan.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah klip video memaparkan seorang isteri terjumpa sebuah kotak lama berisi hadiah dan surat-surat cinta milik suaminya bersama bekas kekasih ketika menziarahi ke rumah mertuanya.

Dalam rakaman yang dimuat naik oleh @repeeace di TikTok, memperlihatkan gelagat isterinya membaca dengan nada yang kuat setiap surat-surat tersebut sehingga dia menjadi malu dan segan

Difahamkan, kebanyakan pemberian tersebut dipulangkan semula oleh bekas kekasih suaminya apabila mereka telah berpisah suatu ketika dahulu.

Menurut suaminya, barang-barang tersebut tidak sempat dibuang sebelum ini, malah dia juga telah terlupa mengenai perkara berkenaan setelah berkahwin bersama isterinya.

“Masa tu kami balik kampung belah suami dekat Kuantan, saya dan suami nak tolong mak dan ayah mertua saya kemas barang untuk pindah ke Melaka.

“Jadi masa balik tu saya tolong kemas bahagian bilik dan kemudian terjumpa satu kotak yang agak buruk dan saya keluarkan barang-barang di dalam, bila semak jumpa surat-surat cinta, kad raya, hadiah serta patung kecil,” katanya isterinya.

Menerusi isu surat tersebut, ia dipercayai dikumpul sejak tahun 2007 lagi ketika suaminya berada di sekolah menengah.

Berdasarkan pengakuan si isteri, dia juga pernah menjadi salah seorang bekas kekasih suaminya semasa di Tingkatan Dua dahulu sebelum mereka berjumpa semula pada tahun 2017.

“Sebenarnya saya pun salah seorang bekas kekasih suami, kami bercinta masa Tingkatan Dua pada 2005 sebab pernah kelas tambahan yang sama, tapi biasalah cinta monyet jadi beberapa bulan sahaja bertahan.

“Kami dah tak berhubung sampai saya bekerja di Kuala Lumpur dan kebetulan masa 2017, kami jumpa semula sebab dia jual insurans dekat saya dan kami berkawan semula, lepas dua bulan terus dia ajak bertunang sehingga berkahwin,” kongsinya.

Sementara itu, berdasarkan video lain yang dikongsikan suaminya, dia dilihat membakar semua barangan serta surat cinta lama bersama bekas kekasih dihadapan isterinya.

“Ini semua kisah lama sayang,” laung suaminya.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi terhadap situasi yang dikongsikan itu.

“Mesti gelabah teruk suaminya bila isteri dia jumpa semua bahan bukti cinta lama, terus dibakarnya,” seloroh Rizal Airil.

“Apa ni bang, buat kerja tak bersih, tak pandai simpan rahsia lama ni, kan dah kena buang, moga pasangan ini terus bahagia,” ujar Din Ramboi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI