fbpx

Nice ke final selepas 25 tahun mencuba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NICE mara ke perlawanan akhir Piala Perancis selepas menewaskan Versailles pada aksi separuh akhir awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Ketua Jurulatih Nice, Christophe Galtier mengakui puas selepas membantu pasukan menamatkan kemarau 25 tahun apabila berjaya me­langkah ke pentas final Piala Perancis dengan menewaskan Versailles pada aksi separuh akhir awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Nice tidak mempunyai masalah untuk mendominasi pasukan lawan yang bersaing di liga divisyen empat Perancis itu de­ngan keputusan 2-0 hasil jari­ngan Amine Gouiri dan Kasper Dolberg.

Kata Galtier, pasukannya perlu memanfaatkan peluang dalam usaha menamatkan penantian menjulang trofi berprestij itu selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 1997, sekali gus memastikan penyokong mereka berbangga.

“Sebelum perlawanan, pemain agak tertekan memandangkan status kami selaku pasukan pilihan untuk mara.

“Namun, pemain telah membuktikan kenapa mereka la­yak untuk menempah tiket ke pentas final, terutama selepas menyingkirkan beberapa pasukan utama seperti Paris Saint-Germain (PSG) dan Olympique Marseille pada aksi sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol Nice, Marcin Bulka percaya pa­sukannya sememangnya layak untuk melangkah ke final dan berharap peluang itu tidak di­sia-siakan oleh barisan pemain.

“Kami tidak memerlukan nasib untuk melangkah sejauh ini. Pasukan ini layak untuk berada di final kerana kami semua bersemangat untuk menamatkan penantian yang sangat lama ini.

“Lebih beratus pasukan bersaing untuk kejohanan ini sejak bertahun lalu dan kami layak untuk bergelar finalis dengan fokus akan diberikan untuk menjulang trofi berprestij ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI