fbpx

Mayat lelaki OKU lemas ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui terapung di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA

PASIR MAS – Selepas 48 jam hilang, mayat seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus banjir akhirnya ditemui di Kampung Tok Sangkut, di sini pagi tadi.

Mangsa, Muhamad Faizal Abd. Rahman, 20, merupakan korban kelima banjir yang melanda negeri ini sejak Jumaat lalu ditemui oleh anggota bomba dan penyelamat kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 600 meter dari tempat lelaki itu dikhuatiri hilang.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas di sini untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati, mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, mangsa yang merupakan OKU kategori masalah pembelajaran dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Tok Sangkut.

Terdahulu, banjir yang tidak dijangka melanda negeri ini pada 26 Februari lalu telah mengorbankan empat lelaki iaitu seorang warga emas, dua remaja dan lelaki berusia antara 13 hingga 70 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI