
“Saya tidak menyangka dapat menjadi Top 5 minggu ini. Ini merupakan kali pertama saya dapat meraih kemenangan dan terima kasih diucapkan kepada Kosmo! kerana menyediakan platform FPL secara percuma buat peminat EPL seperti kami.”
MUHAMMED RADZI SHAMSUDIN (Petaling Jaya, Selangor)
Pasukan: Tentera Berkuda (81 mata)
Pengurus: .M .R

“Saya tidak sangka berpeluang untuk menjadi salah seorang pemenang mingguan Liga FPL Kosmo! Usaha saya dengan melakukan analisis perlawanan-perlawanan sebelumnya selain melihat statistik pemain membuahkan hasil. Terima kasih Kosmo! kerana beri peluang kepada saya untuk bersaing dalam liga seperti ini.”
MOHD. HAZMIL BIN HAMZAH (Cheras, Selangor)
Pasukan: Walawefc (85 mata)
Pengurus: Hazmil 22

“Saya sangat gembira terpilih menjadi salah seorang pemenang mingguan untuk Liga FPL Kosmo! kerana bukan sesuatu yang mudah bersaing dengan ramai peserta lain. Memang saya sentiasa dapatkan tips melalui laman web serta perkongsian daripada kawan-kawan. Mungkin kali ini rezeki saya muncul menjadi salah seorang pemenang.”
AHMAD AL-FARUQ ASRI (Kota Marudu, Sabah)
Pasukan: River_Qids27 (93 mata)
Pengurus: Ahmad Al faruq

“Selain Liga Fantasi Kosmo!, saya juga ada sertai liga lain dan sasaran saya lebih kepada menempatkan pasukan di kedudukan terbaik kerana saya tahu agak susah untuk menang. Saya cuba pilih pemain berbeza berbanding pemain yang sering dipilih peserta lain. Jadi kemenangan ini beri kepuasan kepada saya.”
LUQMAN HAFIZ TAMJIS (Johor Bahru, Johor)
Pasukan: Kota Tinggi FA (84 mata)
Pengurus: Fizz Luqman

“Kalau diikutkan, saya hanya mencuba-cuba, walhal sebenarnya saya tidak begitu kenal para pemain Liga Perdana Inggeris. Saya hanya minta rakan untuk membuat pilihan kerana mereka lebih kenal pemain yang berpotensi untuk mendapatkan mata. Alhamdulillah, mungkin ini rezeki saya.”
NORFAIZA MOHAMED SAID (Teluk Intan, Perak)
Pasukan: Padang Tembak FC (83 mata)
Pengurus: Izz Nowfal














