fbpx

Covid-19: Dua aksi Liga Premier ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang jurulatih dan 14 pemain PDRM FC telah disahkan positif Covid-19 dan kontak rapat bergejala ketika ini. /FOTO IHSAN PDRM FC

PETALING JAYA – Kehangatan saingan Liga Malaysia (Liga M) sedikit tercalar selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan dua aksi Liga Premier terpaksa ditunda akibat penularan wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, dua perlawanan itu membabitkan pertemuan Selangor FC 2 dan Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam pada malam esok dan PDRM FC bertemu Kuching City FC di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin nanti.

“Pihak sekretariat MFL telah menerima permohonan daripada PDRM FC di mana seorang jurulatih dan 14 pemain mereka didapati positif dan kontak rapat bergelaja sementara dua jurulatih serta kesemua pemain Skuad Projek FAM-MSN juga ditimpa nasib yang sama.

“Dukacita dimaklumkan perlawanan membabitkan Selangor FC 2 bertemu Skuad Projek FAM-MSN dan PDRM FC menentang Kuching City FC terpaksa ditunda apabila lebih separuh pemain serta pegawai daripada pasukan yang dimaksudkan telah mengalami jangkitan positif serta kontak rapat bergelaja Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sementara itu, MFL mengesahkan pindaan tarikh baharu dua perlawanan berkenaan akan diumumkan dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI