fbpx

5,000 pelajar asnaf terima tablet, data internet selama setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (dua kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM9.3 juta kepada wakil pelajar asnaf Wilayah Persekutuan pada Majlis Sumbangan Tablet kepada Pelajar dan Bantuan Wi-Fi, MAIWP di Surat Jumaat At-Taqwa, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 5,000 pelajar asnaf di sini menerima sumbangan sebuah tablet serta pakej data internet selama setahun dengan peruntukkan sebanyak RM9.3 juta daripada Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, antara fokus MAIWP adalah memastikan keutamaan diberikan kepada golongan miskin dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Saya sedar bahawa terdapat kekangan dalam pembelajaran dalam talian kerana tidak semua pelajar mempunyai akses internet. Ramai juga daripada golongan asnaf yang tidak memiliki peranti yang sesuai.

“Jadi kita harap dengan bantuan ini, ia dapat memberikan kemudahan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di sini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sumbangan Tablet kepada Pelajar dan Bantuan Wi-Fi, MAIWP di Surat Jumaat At-Taqwa, di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, MAIWP juga memperuntukkan sebanyak RM600,000 bagi pemasangan Wi-Fi di 10 kawasan (Pogram Perumahan Rakyat) PPR termasuk masjid dan surau.

“Dengan usaha ini, semua pelajar mampu mendapatkan capaian internet walau di mana sahaja mereka berada,” ujarnya.

Tambah Idris, MAIWP turut menyasarkan seramai 2,000 asnaf dapat dikeluarkan daripada kategori tersebut tahun ini dengan penyediaan peluang pekerjaan dan pendidikan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI