fbpx
ANGGOTA bomba dan unit PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang menjalankan pperasi mencari dan menyelamat di sebuah kolam tinggal berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin, Seremban yang merupakan lokasi seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas.

Remaja dikhuatiri lemas terjatuh dalam kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh di sebuah kolam tinggal berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin dekat sini dalam kejadian petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai, Danny Izzahagi Muhammad Azrul, 13, yang tinggal di Taman Desa Pelangi, Mantin di sini.

Komander Operasi Kanan dari Ibu Pejabat Operasi Negeri, Seremban 2, Penolong Kanan, Penguasa Bomba Saiful Nazri Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 6.52 petang dan tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami dimaklumkan mengenai seorang remaja lelaki berusia 13 tahun itu datang bersama lima orang rakannya untuk memancing.

“Bagaimanapun, mangsa dikhuatiri lemas akibat terjatuh ke dalam kolam terbabit. Sehingga kini, mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Saiful Nazri menjelaskan, pihak bomba juga telah menggunakan khidmat anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Port Dickson bagi mencari mangsa. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR