fbpx

Masa untuk ‘restart’- Nadiyah Shahab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIYAH SHAHAB

PASANGAN selebriti Nadiyah Shahab dan suaminya, Beli bukanlah nama besar dalam dunia seni tanah air. Tanpa banyak sensasi mereka bagaimanapun dilihat bijak menggunakan segala peluang yang terbentang di depan mata demi menjana ekonomi selain karier seni.

Mengembangkan jenama ciptaan mereka, Absolut Chocolat, pasangan itu bukan sahaja berjaya menjadikan perniagaan berkenaan berstatus perniagaan makanan dan minuman (F&B), bahkan selangkah ke hadapan menjadi syarikat pengurusan artis.

Terbaharu mereka menjalin kerjasama dengan Gaya Raya menganjurkan festival bazaar bersempena raya tahun ini.

Diberi nama Absolut Bazaar X Gaya Raya, acara berkenaan yang bakal berlangsung pada 22 hingga 25 April depan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa

Malaysia (MITEC) merupakan festival raya terbesar pasca pandemik Covid-19.

“Festival akan berlangsung tanpa henti selama 66 jam. Ini adalah masa untuk kita semua ‘restart’ selepas dikekang virus Covid-19 sejak dua tahun lalu.

“Akan ada lebih 500 vendor dan dalam pada acara berlangsung, kita sebagai penganjur semestinya akan memastikan semua terlibat dan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur Operasi Standard (SOP).

“Saya tahu bahawa ramai yang terkesan dari segi ekonomi, mental dan sebagainya disebabkan apa yang berlaku kepada dunia, namun kehidupan perlu diteruskan.

“Harap usaha sebegini dapat membuka ruang rezeki kepada usahawan kecil,” kata Nadiyah atau nama sebenarnya, Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab.

NADIYAH merupakan anak sulung daripada dua beradik dan merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti Of London di Singapura.

Tolong bangsa sendiri

Melanjutkan bicara, menjadi norma atau kelaziman masyarakat tempatan, terutama yang berbangsa Melayu apabila melihat seseorang itu berjaya, timbul rasa cemburu atau iri hati.

Perkara sama turut diakui Nadiyah dan Ben. Semasa mendaki ke atas untuk mengecapi kejayaan, ada mata-mata yang tidak suka melihat pencapaian mereka.

“Mental kena kuat. Banyak sahaja kita dengar orang tak suka dengan kami tapi tak jadikan semua itu fokus kehidupan.

“Kami berdua orang yang sangat positif,” kata Nadiyah.

Mengakui hal sama, Ben juga memaklumkan tidak mempunyai masa untuk bergaduh dengan orang lain.

Apa yang penting adalah lapangkan kehidupan dengan perkara-perkara yang berfaedah.

“Kami pun jenis orang yang tak suka bergaduh dengan orang lain. Rasanya, tak ada yang pernah tengok lagi kami tiba-tiba nak serang orang itu, orang ini.

“Fokus kami jelas. Contoh, buat festival raya sebab nak tolong usahawan kecil.

“Pada masa sama, kami tolong diri sendiri juga namun objektif utama adalah nak bantu lebih ramai orang terutama bangsa kita sendiri (Melayu).

“Saya tahu, bangsa kita memang suka kritik dan kutuk. Kalau tengok dalam media sosial, banyak komen negatif datang daripada masyarakat kita tetapi sebagai usahawan, kita kena buat apa yang perlukan dilakukan untuk bantu tingkatkan ekonomi.

“Jadi, orang nak cakap apa, cakaplah asalkan kami tahu apa yang kami buat,” jelas Ben atau nama lengkapnya, Nurali Nadzwan.

BEN dan Nadiyah sama -sama berjuang untuk fokus memajukan diri dalam dunia perniagaan menerusi jenama Absolut. – IHSAN AQO IMRAN

Ben tinggalkan lakonan

Ditebak pertanyaan tentang perjalanan seni masing-masing, Ben memberitahu, memang sudah lama tidak melibatkan diri dalam dunia lakonan, namun berlainan dengan situasi buat isterinya.

“Saya memang sudah lama tidak berlakon lama tapi Nadiyah masih berlakon. Terkini, dia berlakon dalam drama berjudul Roxy jadi robot.

“Kalau tanya saya, memang tak nak berlakon tapi kalau ada kerja belakang tabir yang bersesuaian mungkin saya berminat,” kata Ben mencelah.

Nadiyah pula mengakui, tawaran selalu ada tetapi kesibukan perniagaan memaksanya meletakkan keutamaan di tempat sewajarnya.

“Saya selalu sibuk dengan urusan perniagaan bersama, jadi saya perlu bersikap adil dengan pasangan.

“ Kalau saya nak fikirkan dunia lakonan sahaja, nanti perniagaan ke mana pula nanti.

“Jadi, perlu ada keseimbangan antara apa yang kita kerjakan dalam kehidupan.”

NADIYAH masih menerima tawaran berlakon namun mengambil pendekatan bersikap selektif kerana perlu membahagikan waktu antara perniagaan bersama suami dan minat terhadap seni.

Dalam pada itu, jenama Absolut seratus peratus dijalankan oleh Nadiyah dan Ben sendiri dan mereka tidak mengambil pendekatan bergantung dengan orang lain untuk mengembangkan perniagaan.

“Jenama Absolut diusahakan oleh kami 100 peratus. Tiada ‘partner’ macam sebilangan artis lain buat.

“Kalau kalian tengok Absolut Chocolat, Absolut Fest dan Absolut Management, semua itu kami berdua yang jalan dan usahakan. Semuanya kami buat sendiri daripada A hingga Z.

“Alhamdulillah, Absolut Chocolat ada 60 pekerja sekarang dan artis bawah Absolut Management sekarang ada 11 orang,” kata Nadiyah.

Seronok berniaga dan dilayangkan pertanyaan sama ada dunia seni terutama lakonan tidak membawa keuntungan sewajarnya, Nadiyah menjawab: “Waktu pandemik, semua orang sama terkesan. Perniagaan terganggu dan penggambaran pun susah dijalankan.

“Pada saya secara peribadi, adalah penting untuk mencari keseimbangan apa yang kita buat dalam hidup. Saya akan setia berlakon namun pemilihan karakter saya cerewet sedikit.

“Bahkan sebelum ini pun ada tawaran berlakon dengan suami sendiri, bukan saya tak nak tapi Ben sendiri yang menolak.

“Dia memang nak fokus dengan perniagaan dan saya, kalau ada yang kena dengan kehendak, mengapa tidak.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI