fbpx

‘Bukan nak riak, ini hasil titik peluh saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARA bergambar bersama kereta baharunya.

PETALING JAYA – Selepas memerah keringat untuk mengumpul wang selama lebih setahun, pelakon terkenal Zara Zya akhirnya berjaya memiliki kereta idamannya jenis Porsche 718 Boxster.

Berkongsi kegembiraan, pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, itu mengumpul duit lebih setahun bagi membeli kereta mewah bernilai RM400,000 itu.

“Semestinya bersyukur dan bangga dengan diri sendiri kerana akhirnya berjaya memiliki kereta yang berbeza daripada model lain.

“Bukan mudah nak kumpul duit sejak setahun lalu tapi mungkin saya jenis suka meletakkan sasaran dan kini usaha tersebut berbayar,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Bercerita tentang usahanya menyimpan wang, pelakon yang terkenal menerusi drama Love You Mr. Arrogant itu memberitahu perlu mengambil kira banyak aspek termasuk kos servis kenderaan.

“Kumpul duit pun saya harus fikir jauh ke depan, kerana kereta begini perlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Jadi, saya kumpul bukan hanya untuk harga kereta tetapi juga kos-kos lain seperti servis dan sebagainya,” ujarnya.

Sedar terdapat segelintir individu yang kurang senang melihatnya membeli kereta mewah tersebut namun pembelian tersebut adalah sebagai penghargaan buat diri sendiri selepas lama bekerja keras.

“Terpulang kepada mereka yang melihat untuk bercakap apa sekali pun. Tak kira apa saya buat, orang akan bercakap juga.

“Niat saya berkongsi dalam media sosial juga bukan kerana riak tetapi hanya ingin mengabadikan foto tersebut sebagai satu memori manis.

“Ini adalah hasil titik peluh sendiri. Satu pencapaian juga buat saya kerana boleh memiliki kereta sebegini,” katanya yang turut memiliki dua buah syarikat, iaitu G7 Construction Company dan FZA UTAMA Sdn. Bhd.

Terdahulu, Zara yang juga pengasas Malaysia Prihatin itu berkongsi sekeping foto bersama kenderaan baharunya dalam akaun Instagram.

Foto tersebut seterusnya meraih perhatian, selain mengundang ucapan tahniah daripada netizen, termasuk rakan selebriti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI