fbpx

Sang Penyu sasar julang satu trofi musim 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN SUKAIRI mendedahkan skuad Sang Penyu menyasarkan menjulang sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini.

TERENGGANU FC (TFC) menyasar untuk menjulang sekurang-kurangnya satu trofi pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sasaran itu realistik sekali gus membaiki pencapaian musim lalu.

Menurut beliau, TFC mampu mencabar kejuaraan Liga Super dan Piala FA tahun ini dengan barisan pemain yang lebih baik dan berkualiti termasuk kehadiran lima tonggak import baharu.

“Kami meletakkan keyakinan dengan percaturan ketua jurulatih, Mohd. Nafuzi Zain untuk membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap, sekali gus menjulang sekurang-kurangnya satu trofi.

“Musim lalu, TFC hanya menamatkan saingan liga di kedudukan keempat sebelum tumpas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada separuh akhir Piala Malaysia,” katanya selepas melancarkan jersi baharu TFC di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus semalam.

Wan Sukairi berkata, selain saingan Liga Super, TFC juga akan memberi keutamaan terhadap Piala FA yang menawarkan slot ke Piala AFC 2023.

Antara tonggak import yang memperkuatkan TFC ialah dua pemain serangan, Kipre Tchetce dan Kpah Sherman; pemain tengah, Manuel Ott dan Luke Woodland serta pertahanan tengah, Pape Diakite.

Skuad Sang Penyu akan me­mulakan aksi Liga Super bertemu Sri Pahang FC di tempat lawan pada hujung minggu ini sebelum menerima kunjungan pendatang baharu, Negeri Sembilan pada 9 Mac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI