fbpx

200 penduduk cemas, awang hitam bergaduh bawa kapak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, kedua-dua suspek yang dipercayai merupakan pelajar sebuah universiti swasta bagaimanapun didakwa telah menghilangkan diri selepas kejadian.

MELAKA – Kira-kira 200 penduduk di sebuah pasangsapuri di Gajah Berang di sini berdepan detik cemas apabila dua warga Afrika bergaduh menggunakan kapak dan parang sehingga menyebabkan kecederaan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, kedua-dua suspek yang dipercayai merupakan pelajar sebuah universiti swasta itu bagaimanapun telah menghilangkan diri selepas kejadian.

Menurut seorang saksi, yang juga penjaga parkir dikenali Yan, 41, dia terkejut selepas melihat suspek turun dari tingkat dua pangsapuri itu dalam keadaan berlumuran darah dengan masing-masing membawa senjata kapak dan parang.

“Saya nampak badan mereka berdua berlumuran darah sambil menjerit-jerit memegang kapak serta parang.

“Pergaduhan itu berlaku selama 10 minit sebelum salah seorang daripada mereka meninggalkan lokasi menaiki Proton Persona bersama seorang perempuan dipercayai isterinya,” katanya.

Tambahnya, seorang lagi suspek juga dilihat beredar menaiki sebuah kereta lain yang menunggunya di luar pangsapuri.

Ujarnya, salah seorang suspek telah menyewa di pangsapuri itu sejak tujuh bulan lalu bersama-sama isterinya.

Difahamkan pergaduhan itu berpunca daripada masalah kewangan.

Sementara tinjauan Kosmo! di lokasi juga menemui kesan darah di sepanjang di kaki lima pangsapuri tersebut dan pengumpulan bahan bukti sedang dilakukan oleh pasukan forensik kontinjen Melaka.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI