fbpx

Hati-hati, anda dirakam dashcam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAMERA papan pemuka atau dipanggil juga sebagai dashcam pada masa ini semakin popular kerana ia dapat merekodkan pelbagai kejadian yang berlaku atas jalan dan semasa kita berada dalam kenderaan.

Kegunaan dashcam masa kini sangat penting kerana sekiranya terjadi kemalangan, rakaman videonya dapat dijadikan bahan bukti.

Jika sebelum terciptanya kamera itu, banyak orang yang melakukan kesalahan terlepas begitu sahaja kerana kekurangan bukti, tetapi kini mereka yang suka melanggar undang-undang jalan raya susah nak lari daripada pihak berkuasa.

Saiznya yang kompak dan mudah diperoleh, sudah pasti ia menjadi pilihan pengguna jalan raya sekiranya menjadi mangsa ‘samseng jalanan’.

Masih ingatkah baru-baru ini, kejadian tular tentang seorang pemandu kereta dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu lain. Apa yang menimbulkan perasaan tidak puas hati pemandu itu apabila orang yang melanggarnya tidak mengaku berbuat demikian dan menyalahkan mangsa selepas membuat laporan polis.

Bagaimanapun, helah pemandu yang melanggar itu terbongkar selepas rakaman dashcam mangsa menunjukkan kejadian yang sebenar.

Nasib baik, ada dashcam yang menjadi penyelamat, kalau tidak mangsa akan dipersalahkan atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Lagi satu contoh terbaik yang perlu dijadikan pengajaran sebelum membuat sebarang tuduhan melulu terutamanya di media sosial adalah video viral pada Januari tahun lalu.

Orang awam mengerumuni dan memaki anggota polis disebabkan tak berpuas hati kerana anggota terbabit dikatakan menendang sebuah motosikal dinaiki dua remaja yang tidak memakai topi keledar sehingga menyebabkan berlaku kemalangan.

Tanpa usul periksa, ramai yang menyalahkan pihak polis dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tanjong Tokong, Pulau Pinang. Bila sudah tular, maka berserakanlah ‘tentera bawang’ dalam kalangan netizen yang cuba mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh.

Mahu tegakkan peraturan pun, mana boleh sampai mencederakan orang awam, kata mereka.

Bagaimanapun, segala dakwaan tersebut adalah palsu dan tidak benar. Ia dapat dibuktikan dengan rakaman video dashcam sebuah kenderaan yang melalui jalan tersebut menunjukkan remaja terbabit melarikan diri dan bukannya dikasari polis.

Aksi selepas itu tidak dirakam kerana motosikal yang ditunggangi remaja terbabit memecut laju dan telah berlanggar dengan sebuah kereta tidak jauh dari situ. Pemandu kereta juga sudah membuat laporan polis.

Kesian abang-abang polis, tak pasal-pasal kena ‘belasah’ dengan orang ramai di media sosial.

Solusinya, tidak rugi memasang dashcam sebagai langkah berhati-hati sebab ia akan membantu menjimatkan banyak masa, wang dan masalah dalam jangka masa panjang jika berlaku sebarang tidak diingini.

Lagipun terdapat banyak pilihan dashcam yang berada di pasaran ketika ini sama ada yang mahal atau harga sederhana terpulanglah kepada bajet masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI