fbpx
Pasukan Pepasangan Talian Atas Grid TNB sedang melakukan kerja-kerja pemasangan wayar pembumian sementara di menara talian 132kV dari Kuala Terengganu ke Kenyir sebagai persediaan bagi aktiviti pemulihan semula talian dari Kuala Terengganu ke Chendering.

Banjir: TNB giat pulih bekalan elektrik di Terengganu, Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang giat memulihkan bekalan elektrik bagi daerah-daerah di Terengganu dan Kelantan yang terjejas akibat banjir.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, warga kerja barisan hadapan TNB sedang bertungkus lumus di lapangan supaya bekalan dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Keutamaan sekarang adalah memulihkan pencawang yang terkesan termasuk membuat pengujian bagi memastikan keadaan aset-aset ini selamat untuk menyalurkan bekalan,” katanya.

Jelas Baharin, TNB akan segera memberikan semula bekalan, sebaik keadaan mengizinkan dan akan memastikan bekalan ke semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berada dalam keadaan baik.

“Selain PPS, kami akan pastikan bekalan elektrik berterusan ke premis strategik seperti hospital dan balai polis termasuk melalui set jana kuasa jika premis tidak dapat menerima bekalan daripada pencawang.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa jauhkan diri daripada tiang elektrik, pepasangan elektrik dan kabel elektrik yang ditenggelami air,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, penduduk di kawasan banjir boleh hubungi TNB CareLine di talian 15454 atau facebook TNB CareLine jika ada pepasangan TNB, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR) yang beralih atau tumbang. – KOSMO! ONLINE

POPULAR