fbpx

‘AGC bertanggungjawab buat keputusan kes dadah anak Vincent Tan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes dadah melibatkan anak lelaki ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Vincent Tan tiga tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tanggungjawab dan tugas PDRM telah selesai sebaik kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) .

“Kita (polis) sudah tiada kuasa sebaliknya Peguam Negara berkuasa sama ada untuk membuat pendakwaan, meneruskan perbicaraan atau sebaliknya.

“Di pihak polis, kita jalankan siasatan dan hantar kertas siasat kepada AGC sama ada untuk teruskan perbicaraan. Ini bergantung kepada budi bicara Peguam Negara bukannya tanggungjawab polis.

“Kalau nak tanya perincian lanjut dan perkembangan kes, boleh tanya AGC, mereka yang menentukannya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kotinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan akaun Twitter Edisi Siasat baru-baru ini yang mendakwa anak lelaki Vincent Tan ditahan atas kesalahan dadah pada 2019.

Dakwa Edisi Khas lagi, kes berkenaan bagaimanapun telah ditutup oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI