fbpx

Pengantin naik perahu ke majlis akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim (kanan) dan isterinya, Nor Izdihar menaiki perahu selepas melangsungkan perkahwinan di Masjid Kampung Telekong, Kuala Krai hari ini. /FOTO BAHRUDDIN HATTA

KUALA KRAI – Sepasang pengantin tetap meneruskan majlis akad nikah mereka di Masjid Kampung Telekong di sini hari ini meskipun air naik mendadak akibat banjir di kampung berkenaan.

Abdul Rahim Ab. Rahman,32 dan pasangannya, Nor Izdihar Majid, 32, nekad melangsungkan perkahwinan hari ini selepas terpaksa menunda akad nikah yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu di Masjid Kampung Tanjung Kala, dekat sini.

Menurut Nor Izdihar, majlis akad nikah sebelum ini terpaksa ditunda kerana laluan masuk ke Kampung Tanjung Kala terkepung akibat banjir.

Ujarnya, dia dan beberapa ahli keluarganya telah bermalam di rumah tumpangan berhampiran masjid itu untuk urusan akad nikah sejak Jumaat lalu.

“Saya dan suami tidak dapat menangguhkan lagi akad nikah kami kerana telah dua hari menunda majlis itu. Jadi, kami mengambil keputusan untuk terus melangsungkan perkahwinan hari ini meskipun banjir.

“Air naik dengan cepat sejak kelmarin apabila hujan tidak berhenti. Kami terpaksa menaiki perahu untuk ke Masjid Kampung Telekong tengah hari tadi untuk akad nikah. Alhamdulillah, kami sudah bergelar suami isteri selepas solat Zohor tadi,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Menurut Nor Izdihar, ekoran banjir yang berlaku, majlis resepsi perkahwinannya di kampung yang sepatutnya berlangsung kelmarin turut dibatalkan.

Ujarnya, paling menyedihkan, kebanyakan ahli keluarganya tidak dapat hadir ke majlis akad nikah di masjid kerana mereka terkandas selepas jalan utama keluar dari Kampung Tanjung Kala dinaiki air. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI