fbpx

Kekarnya badan As’ad Motawh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERUBAHAN bentuk badan As'ad yang semakin sado menarik perhatian peminat.

PENYANYI berwajah ‘jambu’, As’ad Motawh baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila memuat naik video menayang perut dan badannya yang berotot untuk tatapan peminat.

Bukan suka-suka untuk menunjuk, tetapi selebriti berusia 20 tahun itu ingin menunjukkan perubahan bentuk fizikalnya yang semakin ‘sado’ berbanding dua tahun lalu.

Memang ketara sungguh perubahan bentuk badan As’ad.

Difahamkan pelantun lagu Senyum itu mengamalkan rutin pemakanan dan senaman yang ketat selama dua tahun untuk mendapatkan bentuk badan sebegitu.

Alang-alang ‘belanja’ badan, berduyun-duyunlah peminat membanjiri ruangan komen kerana kagum serta memberikan pelbagai reaksi positif.

Bukan setakat netizen sahaja, beberapa kenalan artis juga kagum dan bangga dengan pencapaian As’ad.

Satu perkara yang Diva hendak puji tentang penyanyi muda itu, dia rajin membalas semua komen netizen walaupun ada sesetengahnya akaun palsu.

Patutlah ramai yang sayang pada As’ad. Sudahlah kacak, rajin pula melayan peminat. Nasib baik Diva dah berpunya. Apa-apa pun selamat maju jaya untuk As’ad!

DIVA: Siapalah agaknya pengganti Ernie Zakri untuk menyanyikan lagu Boneka di Anugerah Juara Lagu ke-36 nanti?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI